Pages

Dunia milik kita bersama ♥♥

My photo
Never trust when you are not certain.

Tuesday 8 November 2016

Aku Fikir Aku Bagus

Baru-baru aku baru saja habis exam midterm so lepas seminggu tibalah masanya untuk dapat result exam. Ada satu exam ni aku buat yang terbaik walaupun ada yang aku tak boleh jawab but still aku rasa markah aku takkan lah teruk sangat. Tapi bila result keluar aku terkejut sangat bila tengok markah aku macam tu.

"Whatt?!!! teruknya markah aku. Ni ke markah aku ke TA tersalah kick in markah ni?!!" 

Disebabkan aku rasa aku bagus, aku mula mempersoalkan kredibiliti TA pula. Aku memang tak puas hati so akupun pergi recheck paper exam aku. Okaayyy...Bila dah recheck paper aku baru aku sedar betapa cuainya aku dan betapa banyaknya kesalahan kecil yang aku buat. Kesalahan kecil nilah yang membawa aku kepada kesalahan yang lebih besar yang akhirnya membuat markah aku jadi seteruk tu. Satu lagi yang aku sedar ialah aku x faham betul-betul soalan so jadinya salahlah kan aku lukis graph and of course nilai-nilai data yang aku gunapun salah.

Memang pahit untuk aku terima hakikat yang memang aku salah dalam exam ni tapi aku x nafikan aku sedih dan sebabkan kesedihan inilah yang mendorong aku nak menulis kat sini. Ahhahaha nak hilangkan stress lah kononnya. 

Jadi, untuk menghilangkan stress ni jugak aku cuba muhasabah diri dan fikirkan apa sebenarnya hikmah di sebalik ni semua. Yelah mana x sedih weyh. Orang yang aku ajar markah dia jauh lagi excellent daripada aku kot. Dahlah dia pun selalu x datang kelas tapi lagi score exam daripada aku. Frankly speaking, aku rasa x adil sangat. Rasa macam nak mempersoalkan pun ada jugak tapi yelah sebagai muslim yang sihat akal fikirannya akupun bersabar dan cuba muhasabah diri.

Setelah bermuhasabah diri, akupun came out dengan beberapa conclusions. Nak dengar? Okayy meyh aku citer. Exam nikan sama je macam hidup kita. Kekadang tu kita rasa kita dah cukup bagus giler lah kan bila buat sesuatu tu tapi kita tak dapat jugak kebahagiaan yang kita kejar tu. Tapi orang lain yang kita rasa dia punya ilmu dan kebolehan taklah hebat mana tapi dia lagi berjaya daripada kita. So kita pon mula mempersoalkan takdir Allah dan mengatakan yang Allah tu x adil. Tapi sebenarnya kita x sedar kegagalan kita tu sebenarnya berpunca daripada kelemahan diri kita sendiri. Mungkin kelemahan tu satu kelemahan yang sangat kecil dan x ketara tapi kelemahan itulah yang sebenarnya membawa kita kepada kegagalan kita tu. Tapi ada orang lain yang banyak kelemahan tapi dengan satu kebolehan, dia mampu jadi orang yang berjaya. Mungkin juga dia tahu dia banyak kelemahan jadi dia berusaha untuk atasi kelemahan dia tu(macam kes budak yg belajar dari aku tu, sebab dia selalu x datang kelas so dia datanglah belajar dengan aku. Tu kira usaha dia jugaklah kan. Hmmm). Tapi kita ni sebab kita fikir kelemahan kita tu kecil jadi kita biarkan je dan tak cuba atasi kelemahan kita tu. Sebab tulah kelemahan tu boleh muncul bila2 tanpa kita sedar dan akhirnya memusnahkan diri kita. 

Mungkin ada antara korang yang bila baca ni fikir.

"Apa doyh dia ni tetiba je bebel camni.." 

Kan kan ? Xpe. Aku faham je yang korang tak boleh nak interprate apa yang aku cuba sampaikan tapi katakan lah ada satu hari nanti korang hadapi situasi sama macam aku cubalah baca balik blog aku ni . InsyaAllah korang akan faham dan rasa terpujuk dan insaf jugak lah kan. Supposedly. 

So to conclude my writting today. Always be positive, always try to overcome your weakness and be faith!!

Fighting!! 
아짜 아짜 파이팅!!

Friday 20 May 2016

Bintang yang Hilang...

Kufikirkan apabila munculnya sang mentari
Bintang itu pun hilang dari sisi
Namun kini baruku sedari bintang itu masih di sini
Cuma cahayanya hilang ditutupi terangnya sinar sang mentari...

Monday 2 May 2016

Malaysia Oh Malaysia

http://www.ismaweb.net/2016/05/najib-jamin-gugur-kes-lelaki-murtad-adenan-satem/

Assalamualaikum semua. Salam satu Malaysia.

Hari ini admin sangat terkezut gitu bila terbaca satu berita mengenai pemimpin "tersayang" rakyat Malaysia (paham je kan siapa gerangan orangnya?) Hmmm xpayah disebut namanya pun semua orang boleh agaklah bila baca link yang admin attached dengan post ni sekali.

MasyaAllah Astagfirullah aziim~~~ panjang admin mengucap bila baca tindakan beliau tersebut. Nak kata bukan Muslim tidak juga. Baik beliau yang mengeluarkan kenyataan termasuklah orang lain yang menyampaikan kenyataan beliau dua-duanya Muslim. Tetapi mengeluarkan kenyataan seperti bukan seorang Muslim. Yalah kalau betul beliau seorang Muslim xkan beliau mahu mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan dengan apa yang sudah ditetapkan dalam Quran.

Allah berfirman:

"Barangsiapa yang kafir sesudah dia beriman,(dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman(dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar."
                                                                                                                        [Surah An-Nahlu 16:106]

Sudah terang lagi bersuluh Allah telah berfirman yang Dia amatmurka kepada orang yang murtad. Namun bagaimana seorang Muslim boleh menggalakkan seorang Muslim yang lalin untuk murtad. Adakah beliau juga mengakui bahawa Islam itu setaraf sahaja dengan agama lain. Maka dengan mudahnya beliau sebagai seorang pemimpin bukan sahaja menggalakkan malah memberi jaminan bahawa kemurtadan muslim tersebut akan dijamin tidak akan ditentang oleh orang lain.

Sebagai rakyat Malaysia yang sangat mencintai negara dan juga agama negara ini admin berasa malu dengan tindakan bodoh pemimpin negara ini. Atas dasar apa beliau membuat kenyataan sedemikian? Adakah kerana beliau takut akan kehilangan sokongan daripada rakyat Sarawak kalau beliau tidak menyokong tindakan muslim tersebut utk murtad? Mungkin beliau tidak sedar bahawa tindakan beliau ini makin menunjukkan kebodohan dan ketidaklayakan beliau untuk menjadi seorang pemimpin Negara Islam seperti Malaysia ini. Untung sajalah Perlembagaan Malaysia ini dahulu tidak ditulis oleh pemimpin yang berfikiran cetek seperti beliau.

Dengan ini admin menyeru semua rakyat Malaysia semoga Allah terus memberkati dan melindungi Malaysia ini daripada tangan-tangan mereka yang selalu ingin mencabar kewibawaan Islam lagi-lagi daripada tangan-tangan 'Muslim' itu sendiri. Amin...

Walalhualam..
  

Sunday 1 May 2016

사랑의 바보

사람은 사랑때문에 바보가 된다

어떤 사람은 남자의 사랑때문에 바보가 돼서 자기의 모든 걸 잃게 된다
어떤 사람은 여자의 사랑때문에 바보가 돼서 새상의 모든짓 하게 된다

사람은 사랑때문에 바보가 된다

어떤 사람은 돈의 사랑때문에 바보가 돼서 돈만 생각하고 돈만 찾게 된다
어떤 사람은 유흥이나 오락의 사랑때문에 노는 생각만 하고 놀기만 하게 된다

사람은 사랑때문에 바보가 된다

그런데 알라의 사랑때문에 "바보"가 돼서 이슬람을 위한 것만 하게 되면
이것은 새상에 제일  멋진 "바보"가 되지 않을까 생각하게 된다.

Monday 16 March 2015

Teruskan Berlari

Alkisahnya Minah selalu sangat bangun lambat pagi dan akhirnya terpaksalah dia berlari ke kelas bila waktu start kelas cuma 10 minit je tinggal. Kalau ikutkan kaki si Minah ni memang jalan 10 minit tu baru sampai depan pintu uni je. Tapi memikirkan dirinya sebagai duta kecil Islam di bumi Sonata yang majoritinya bukan muslim terpaksalah dia berlari sekuat hati untuk sampai ke kelas tepat waktunya.

Bukan nak kata bila kita dikeliling orang bukan muslim baru nak jaga reputasi. Tapi sebenarnya nak kata yang ramai lagi orang macam si Minah ni. Bila orang Korea tanya;
"Kenapa pakai benda tutup kepala ni ?"
"Oh, saya Muslim. Dalam Islam kata perempuan wajib tutup aurat macam ni."
Tapi bila kita tengok akhlaknya...lagi bagus orang Korea daripada kita. Buat kerja semua mesti cepat dan cekap. Bukan macam certain typical Msian yang bila berjalan tu lembapnya masyaAllah! Tuhan jelah yang boleh faham perasaan tak sabarnya bila tengok beliau berjalan dengan santainya.

Balik semula pada cerita si Minah yang selalu sangat bangun lambat dan berlari sebab nak kejar masa ni. Minah penat sebenarnya berlari je setiap pagi. So dia pun bertekad untuk ubah sikap dia tu. Dah lama sebenarnya Minah pikir nak berubah tapi tak tahulah kenapa x berubah-ubah juga. Sampailah satu hari dia terbaca tentang tips untuk menjaga masa daripada artikel "10 muwasafat Tarbiyah".

Tarbiyah ? Apa benda tarbiyah-tarbiyah ni. Haaa...tarbiyah ni maksudnya berkembang so sesiapa yang nak berkembang masuklah tarbiyah. Tapi untuk kembangkan potensi dirilah bukan "kembangkan" diri secara fizikal ye! haha

So akhirnya Minah pun ambil keputusan untuk masuk tarbiyah dan mengembangkan potensi diri beliau. Tapi lepas dah ikut tarbiyah Minah masih kena berlari juga. Tapi kali ni bukan berlari sebab nak kejar masa ke kelas tapi berlari mengejar mimpi dan untuk menaikkan diri ke tempat yang paling tinggi yang boleh dituju. 

Friday 13 February 2015

한국에서 알바를 하는 첫날

오늘 하루 정일 정말 병도 주고 약도 주는 것 같았다!

너무 힘들다 너무 피곤하다
그런데 이게 내가....
해야 하는 일이고
하고 싶은 일이고
할 수 있는 일이라...
얼마나 힘들어도 괜찮아
얼마나 피곤해도 괜찮아
왜냐??
모두 다 내가...
해야 하는 일이고
하고 싶은 일이고
할 수 있는 일이니까~
그래서 내가...
아무리 힘들어도 아무리 피곤해도
내가...
해야 하는 일이고
하고 싶은 일이고
할 수 있는 걸
모두 다 열심히 하겠다!

이렇게 내가 내 자신에게 약속을 했죠.

Saturday 10 January 2015

Greatest Jihad in Islam

"Greatest JIHAD in Islam is not to fight the unbelievers in a battle instead the greatest JIHAD in Islam is to fight the EVIL in YOUR OWN SELF!"

Translate