Pages

Dunia milik kita bersama ♥♥

My photo
Never trust when you are not certain.

Saturday 20 April 2013

♡Keluarga kecilku♥

Alhamdullilah walau dimana aku berada Allah sentiasa menghantar hamba2nya yg solehah utk mendampingi dan mengingati diriku yg sentiasa khilaf..Tatkala diri ini berada di bumi asing ni (pergh!skema nyer ak ni!!xpe lah hemtam sajelah) aku memerlukan org2 utk sentiasa mengingatkan ak tentang tugasku kpd Allah dan juga terhadap sesama manusia..

Keluarga kecilku inilah yg sentiasa mengingatkan ak akn kejawipanku terhadap Allah Tuhan yg telah mencipta dan memberi nikmat kepadaku sehingga ke hari ini..Alhamdullilah

Hmm..usrah kali ni punya tajuk mmg sgt menarik! (Utk ak lah kn) hmm...psl Tholhah bin Ubaidillah (btol ke ak eja nme ni..hmm insyaAllah btol) Beliau adalah antara 10 org shbt Rasullah yg dijanjikan syurga (subhanAllah..jeles plak ak)..Beliau ni merupakan keturunan Rasullah SAW dan juga seorg yg sgt dermawan..sbnrnyer byk kisah Tholhah yg menarik dihati..내 마음에 들어 bak kata org korea..hihi..tpi ada satu kisah sahabat ni yg buat ak rasa kagum smpi berdiri bulu roma masa dgr kak leha (naqibah) citer..

Begini kisahnyer~~~~(ceh! suspen gitu)

Ingat x perang Uhud? Perang yg umat islam kalah disebbkan ada segelintir tentera islam waktu tu x mendgr arahan Rasullah..waktu tu mmg asalnyer kaum quraisy dah berundur tpi mereka berpatah balik dan menyerang hendap umat islam..waktu tgh kelam kabut apabila diserang hendap oleh tentera quraisy Baginda Rasullah terjatuh masuk dlm lubang..apa lagi sume kaum quraisy berebut-rebut nak mencelakakan Rasullah..sume mengepung Rasullah bagaikan anjing kelaparan dan tunggu masa je nak terkam mangsanya..Tapi waktu tu sahabat baginda Tholhah ni sempat mencari kelibat Rasullah lalu beliau pun nmpk kejadian tu.....

Waktu tu memang sgt genting..mana x nyer..dlm keadaan Rasullah terjatuh masuk dlm lubang tu cam mne baginda nak melawan kn..tapi tiba2 dtg segerombolan tentera yang menunggang kuda dan bersenjatakan pedang merempuh dan menyerang tentera quraisy yg sedang mengepung Rasullah waktu tu..dan segerombolan tentera tersebut diketuai oleh seorg pemuda yg berani dan gagah yakni sahabat baginda Tholhah bin Ubaidilillah ni..nak tau cam ner beliau selamatkan Rasullah??masyaAllah..dahsyat tau apa yg beliau buat ni..

Waktu tu beliau menunggang kuda dan merempuh tentera quraisy tersebut dan beliau menyambar Rasullah bagaikan seekor helang menyambar mangsanya dan akhirnya berjaya menarik Rasullah keluar dari lubang tersebut..waktu tu digambarkan yang beliau memegang baginda dgn tangan kirinya dan sebelah tgnnya lagi memegang sehulu pedang sambil mencantas satu persatu kepala tentera2 quraisy yg cuba mencelakakan Rasullah tadi..kepala2 tentera quraisy satu persatu ke kiri dan ke kanan jatuh ke bumi bagaikan daun2 kering yg berguguran di musim luruh..pergh! Memang x terpikir dek logik akal lah..Subhanallah betapa kuat dan beraninya beliau waktu tu..Betapa sayangnya beliau terhadap Rasullah sehingga mendorong beliau utk membahayakan nyawa beliau semata-mata utk menyelamatkan baginda..masyaAllah...disebabkan peristiwa ini jugalah baginda Rasullah memberi gelaran 'burung helang uhud' kepada Tholhah bin Ubaidillah...

Selain tu beliau juga digelar sebagai 'syahid yg berjln di muka bumi' kenapa? Cuba bayangkan ketika Saidina Abu Bakar melawat beliau, saidina Abu Bakar melihat di badannya terdpt 70 kesan tikaman,pedang dan anak panah malah jarinya juga terputus disebabkan oleh perang uhud tersebut..kalau nak diikutkan logik akal mmg dah patut meninggal dah klu dah teruk macam tu sekali..tapi betapa kuatnya Tholhah ni,beliau masih hidup lagi dan sembuh dari luka2 tu..masyaAllah..SubhanAllah..disebabkan peristiwa ini jugalah org2 pada berkata "jika engkau ingin melihat pemuda yg masih berjalan di muka bumi sedangkan dia telah menunaikan segala janjinya kepada Allah maka engkau lihatlah Tholhah bin Ubaidillah"

Wallahualam...
Jika ada tersalah penggunaan ayat dan cara penyampaian tu saya minta maaf lah nyer..saya cuma hamba yg lemah..

Assalamuaalaikum..
Any♡ng~~~ =)

Friday 19 April 2013

Indahnya dunia ciptaan Tuhan♥♥♥

SubhanAllah..indahnya dunia ciptaan Allah jika manusia tahu untuk bersyukur..kerana dari rasa bersyukur itulah akan timbul perasaan sayang pada sesuatu...Dan apabila kita sayang akan sesuatu pasti akan kita jaga dan kita pelihara supaya ia tidak rosak dan sentiasa cantik dipandang orang..
Begitulah juga dgn hidup kita sebagai manusia di bumi Allah yang tua ini..Jikalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat mahupun dugaan yg Allah beri pasti hidup kita pasti akan sentiasa berasa tenang dan damai..Bila orang melihat kita pasti turut berasa tenang dan damai..Itulah yang dikatakan hidup penuh barakah..Walaupun seribu dugaan melanda walau lautan api di depan mata namun kita sentiasa berasa tenang dan x gopoh kerana kita sedar Allah sentiasa ada bersama orang2 yang mengingatiNya..InsyaAllah~
Dengan itulah ingatlah wahai manusia ★ingatan utk diri sendiri jugak☆ walau dimanapun engkau berada..di padang pasir yg gersang mahupun di bumi yg penuh dgn bunga2 yg mekar..di tmpt yg sejuk di tempat yg panas mahupun yang sederhana panas..ingatlah ia semua adalah milik Allah yg dipinjamkn kepadamu...bukan utk dikotori dan dicemari tapi utk dihiasi dan diwarnai dengan keindahan ilmu yg diajari oleh Allah di kitab suci Alquran nurqarim..
♥InsyaAllah♥

Translate